Friday 16 October 2015

Kecerdasaan Emosi Dan Sosial Adalah Lebih Penting Dari Intelek Dalam Dunia Pekerjaan.

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Bahaskan pernyataan ini, " kecerdasaan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan". Adakah anda bersetuju atau sebaliknya terhadap kenyataan tersebut. Berikan sebab mengapa anda bersetuju dan tidak setuju dengan penyataan di atas.




8 comments:

  1. Saya sangat bersetuju dengan pernyataan di atas. Berdasarkan kenyataan anda, saya amat bersetuju bahawa kecerdasan emosi dan social adalah lebih penting berbanding kecerdasan intelek. Kecerdasan emosi yakni pemikiran otak sebelah kanan manusia membantu manusia dalam melakukan sesuatu keputusan, berbeza dengan kecerdasan intelek yang bergantung kepada logic. Kecerdasan emosi yang tinggi memberi satu kelebihan kepada manusia kerana penggunaan emosi yang efektif membantu manusia dalam melakukan pertimbangan yang bijak dan memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang pekerjaan. Manakala kecerdasan intelek amat terhad dan sering kali mencetuskan kekeliruan kepada manusia itu sendiri. Selain itu juga, kecerdasan emosi mampu mencorakkan kehidupan manusia membantu manusia dalam merealisasikan sesuatu matlamat. Walaupun dengan kecerdasan intelek yang tinggi, manusia masih lagi memerlukan kecerdasan emosi untuk mengadaptasikan diri dalam dunia pekerjaan. Harap ulasan serba sedikit ini memberi manfaat kepada anda. Sekian daripada saya.

    ReplyDelete
  2. saya bersetuju dengan pernyataan di atas, pada pendapat saya Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia perkerjaan.Secara dasar nya di dalam penghidupan sebagai manusia,Kecerdasan emosi dan sosial lebih di dahulu kan dari kecerdasan intelek.Kehidupan alam pekerjaan bermula dari Kecerdasan emosi dan dan social dan hendak la di pupuk dari kecil lagi dan bergantung bagaimana penghidupan seharian sesebuah famili itu Untuk memulakan penghidupan seharian kecerdasan emosi akan mempengaruhi kecerdasan social.Jika bermula dengan emosi yang kurang baik maka hubungan social juga akan kurang baik dan suram di antara family sendiri , komuniti dan rakan sekerja. Ini akan mempengaruhi kecerdasan intelek di dalam bidang pekerjaan.Ini akan menyebabkan mutu kerja dan output hasil kerja yang kurang bermutu.Secara tidak langsung prestasi diri dan kerja akan terjejas dengan sendiri nya. Perhubungan kekeluargaan dan kekitaan di dalam penghidupan seharian boleh mempengaruhi dan merangsang kan lagi kecerdasan emosi supaya minda dan fizikal supaya sentiasa di dalam keadaan FIT.Kecerdasan intelek amat di perlu kan di dalam semua jenis pekerjaan mahu pun di rumah atau pun di tempat kerja.Dengan kecerdasan intelek mutu kerja akan bertambah baik dan ini kan meninggkatkan lagi Prestasi diri dan institusi itu sendiri.Suasana Tempat kerja yang conduksif juga akan menyebabkan kecerdasan emosi dan social akan sentiasa dalam keadaan baik dan kecerdasan intelek dapat di perguna kan dengan sebaik baik nya.

    Reply

    ReplyDelete
  3. saya bersetuju dengan pernyataan di atas, pada pendapat saya Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia perkerjaan.Secara dasar nya di dalam penghidupan sebagai manusia,Kecerdasan emosi dan sosial lebih di dahulu kan dari kecerdasan intelek.Kehidupan alam pekerjaan bermula dari Kecerdasan emosi dan dan social dan hendak la di pupuk dari kecil lagi dan bergantung bagaimana penghidupan seharian sesebuah famili itu Untuk memulakan penghidupan seharian kecerdasan emosi akan mempengaruhi kecerdasan social.Jika bermula dengan emosi yang kurang baik maka hubungan social juga akan kurang baik dan suram di antara family sendiri , komuniti dan rakan sekerja. Ini akan mempengaruhi kecerdasan intelek di dalam bidang pekerjaan.Ini akan menyebabkan mutu kerja dan output hasil kerja yang kurang bermutu.Secara tidak langsung prestasi diri dan kerja akan terjejas dengan sendiri nya. Perhubungan kekeluargaan dan kekitaan di dalam penghidupan seharian boleh mempengaruhi dan merangsang kan lagi kecerdasan emosi supaya minda dan fizikal supaya sentiasa di dalam keadaan FIT.Kecerdasan intelek amat di perlu kan di dalam semua jenis pekerjaan mahu pun di rumah atau pun di tempat kerja.Dengan kecerdasan intelek mutu kerja akan bertambah baik dan ini kan meninggkatkan lagi Prestasi diri dan institusi itu sendiri.Suasana Tempat kerja yang conduksif juga akan menyebabkan kecerdasan emosi dan social akan sentiasa dalam keadaan baik dan kecerdasan intelek dapat di perguna kan dengan sebaik baik nya.

    Reply

    ReplyDelete
  4. saya bersetuju dengan peryataan ini,

    ReplyDelete
  5. Berdasarkan kenyataan saudari, saya amat bersetuju bahawa kecerdasan emosi dan social adalah lebih penting berbanding kecerdasan intelek. Kecerdasan emosi yakni pemikiran otak sebelah kanan manusia membantu manusia dalam melakukan sesuatu keputusan, berbeza dengan kecerdasan intelek yang bergantung kepada logic. Kecerdasan emosi yang tinggi memberi satu kelebihan kepada manusia kerana penggunaan emosi yang efektif membantu manusia dalam melakukan pertimbangan yang bijak dan memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang pekerjaan. Manakala kecerdasan intelek amat terhad dan sering kali mencetuskan kekeliruan kepada manusia itu sendiri. Selain itu juga, kecerdasan emosi mampu mencorakkan kehidupan manusia membantu manusia dalam merealisasikan sesuatu matlamat. Walaupun dengan kecerdasan intelek yang tinggi, manusia masih lagi memerlukan kecerdasan emosi untuk mengadaptasikan diri dalam dunia pekerjaan. Harap ulasan serba sedikit ini memberi manfaat kepada saudari

    ReplyDelete
  6. Salam sejahtera saudari , pada pandangan saya, saya bersetuju dengan tajuk yang dibahaskan di mana, kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana, seseorang individu yang kecerdasan emosinya berbanding kecerdasan intelek juga boleh menyebabkan konflik dalalm dirinya.Apabila emosi tidak stabil, maka tingkah laku seseorang juga tidak akan stabil. Keadaan ini dapat dilihat apabila terdapat segelintir individu yang mempunyai tahap kecerdasan intelek(IQ) yang tinggi tetapi menyalahgunakan kelebihan tersebut bagi tujuan melakukan perbuatan negatif dengan melakukan jenayah dan kes-kes devian sosial seperti perompakan,penculikan dan pembunuhan. Sebagai contoh, Ted Bundy adalah merupakan pembunuh bersiri sekitar pada tahun 1985-1990 di Amerika Syarikat yang dikatakan mempunyai tahap IQ yang tinggi.Begitu juga dengan halnya kemunculan penggodam komputer ataupun 'hacker' yang dikatakan mempunyai IQ yang tinggi. Semua ini secara umumnya jelas menunjukkan bahawa kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial adalah lebih berperanan penting dan lebih baik dalam menentukan kejayaan seseorang individu. Begitu juga dalam dunia pekerjaan seseorang individu.

    ReplyDelete
  7. Selamat sejahtera saudari, saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai "Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan" . Berdasarkan pengetahuan saya, kecerdasan emosi dan sosial merupakan aset yang penting dalam semua aspek terutama lagi dalam dunia pekerjaan. Ini kerana emosi yang tenang, selamat, dan tidak tertekan akan mewujudkan satu sosialisasi yang mana lebih harmoni, bahagia, dan sosial persekitaran yang tenteram. Apabila hal ini berlaku, pekerjaan akan lebih selesa dan kualiti perkerjaan semakin meningkat.

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas komen saudari semua. diharapkan saudari dapat memberi info yang lagi tinggi untuk forum saya yang lain.

    ReplyDelete