Saturday 17 October 2015

MASALAH BAGI KANAK-KANAK YANG TIDAK MEMPUNYAI HUBUNGAN PERAPATAN DENGAN BAPA.


Assalamualaikum w.b.t. dan dan sejahtera

Apakah Masalah Yang Mungkin Dihadapi Oleh Kanak-Kanak Yang Tidak Mempunyai Hubungan Perapatan Dengan Bapa ? Berikan Pendapat Atau Pandangan Anda. 



5 comments:

  1. assalamualaikum saudari... pada pendapat saya, masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa mereka ialah kanak ini akan mengalami stress dan kemurungan disebabkan kurangnya perhatian oleh bapa mereka. kanak-kanak merupakan individu yang sangat sensitif jd bagi seorang bapa kita seharusnya memperikan perhatian yang sepatutnya kepada anak-anak supaya mereka tahu bahawa mereka amat penting dalam keluarga mereka. selain itu, sebagai bapa kita seharusnya pandai membahagi masa dan kerjaya agar anak-anak tidak diabaikan. kanak-kanak yang kekurangan perapatan ini akan menyebabkan mereka menyindiri dan kurang pergaulan antara mereka dan rakan-rakan sebaya mereka. hal ini akan mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak itu sendiri. sebagai bapa kita seharusnya memikul tanggungjawab yang besar bagi memastikan anak-anak tidak disisihkan dan anak-anak berhak mendapat perhatian yang secukupnya agar kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan sosialnya. jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang mempunyai hubungan perapatan dengan bapa dengan yang kurang mendapat perapatan, kanak-kanak yang mendapat perapatan dengan bapa lebih baik peningkatan pertumbuhan yang berbanding yang tidak mendapat perapatan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudari Erina. Saya sangat tertarik dengan tajuk ini jadisaya ingin memberi pendapat. Salah satu kajian yang penting dalam bidang psikplogi perkembangan ialah kesan perapatan ke atas perkembangan sosioemosi individu. Secara umumnya, perapatan adalah ikatan istemewa di antara dua insan ( Santrock,2014) yang biasanya ditemui dalam hubungan diantara anak,ibu bapa atau penjaga atau di antara individu dengan rakan taulan. Pada pendapat saya, apabila berlakunya masalah perapatan antara ibu bapa dan anak, kesan negatif akan berlaku terhadap anak tersebut. Sebagai contoh, ibu bapa sibuk bekerja untuk menyara keluarga namun terlupa dengan anak yang sangat memerlukan kasih sayang kepada ibu bapa. Jika ini berlaku, anak-anak yang mempunyai naluri ingin tahu bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan tanpa pengawasan ibu bapa. Lebih malang lagi jika kanak-kanak itu melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan perkembangan diri seperti merokok. Lambat laun, kanak-kanak akan menjadi liar dan sukar menerima nasihat dan teguran ibu bapa. Oleh itu sebagai ibu bapa perlulah menjaga anak kita seperti menatang minyak yang penuh. Sedikit lagi informasi berkaitan dengan hubungan perapatan antara anak dan bapa di sini. Terdapat sebuah kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik dari Oxford University, dilaporkan bahawa antara punca anak-anak kecil seawal usia satu tahun mempunyai masalah tingkah laku, contohnya tantrum adalah kerana hilangnya ayah dalam dunia mereka. Malah, dalam banyak kajian lain di peringkat umur yang berbeza-beza, peranan ayah pada usia awal kanak-kanak ( 0-5 tahun) adalah penentu kepada sikap kanak-kanak pada usia remaja. Oleh itu, jika baik peranan ayah terhadap anaknya, maka baiklah perangai anaknya dan begitulah juga akan berlaku jika sebaliknya. Oleh yang demikian, melalui segala informasi ini, kita boleh merumuskan jika hubungan perapatan antara anak dan bapa renggang maka, kesan keburukan akan dapat kita lihat terhadap tingkah laku anak itu nanti. Justeru, sebagai seorang ayah, seharusnya anda tidak mensia-siakan amanah yang sedang membesar di hadapan mata. Bahkan, sebagai seorang bapa anda juga bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak anda mengenai ilmu dunia dan akhirat sana dan janganlah hanya dilepaskan amanah mendidik itu kepada isteri sahaja. Terima kasih kerana menerima pandangan saya.

    ReplyDelete
  3. hasil pembacaan yang saya lakukan ada sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dikatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya. Bahkan, mereka juga memiliki kemampuan berbahasa dan kognitif yang lebih baik. Kajian lain juga mendapati anak yang dididik dengan sempurna oleh ayah mempunyai kurang masalah di sekolah dan apabila meningkat dewasa. Boleh diandaikan bahawa kanak-kanak akan lebih berdisiplin melalui cara didik bapa mereka yang lebih tegas berbanding ibu. Maka jelaslah bahawa ayah mempunyai peranan penting dalam kemampuan akademik dan pembentukan karakter anak. Oleh itu ibu dan ayah perlu saling bekerjasama membahagi tugas untuk membimbing si kecil menghadapi ujian. Ayah bukan sekadar membantu anak mengulang kaji pelajaran tetapi menyiapkan mental si kecil agar lebih yakin untuk menghadapi ujian tersebut. Karekter ayah yang berbeza dengan ibu tentu dapat mencipta corak pembelajaran yang berbeza berbanding ibu. dengan menCiptakan suasana ceria dan menyeronokkan agar anak lebih bersemangat untuk belajar.Mungkin anda berdua boleh bermain kuiz mengenai pelajaran yang dipelajari berbanding sekadar membaca yang tentu boleh membosankan si kecil. Pelbagai kreativiti boleh dicipta bagi menimbulkan suasana menyeronokkan semasa belajar. Jelas sekali interaksi ayah memainkan peranan penting dalam membantu pencapaian positif kanak-kanak di sekolah. kanak-kanak yang kurang rapat dengan bapanya berkemungkinan mempunyai masalah dari kecerdasan kinestetik dan kecergasan akademik serta mempunyai sikap penakut kerana tidak terbiasa dengan aktiviti yang mencabar yang mana sesuai dan senang dilakukan oleh seorang bapa berbanding seorang ibu. Namun , ia juga kadang-kadang berasal dari diri kanak-kanak itu sendiri.

    ReplyDelete
  4. Berdasarkan pernyataan yang diberikan diatas pada pandangan saya peranan seorang ayah tidak kurang penting bagi seorang kanak-kanak. bimbingan dari seorang ayah dalam proses pembelajaran akan memberi kesan yang positif bagi perkembangan fizikal, emosi, kognitif dan sikap anak. kajian yang dilakukan oleh university Oxford mengatakan melalui hasil yang didapati perkaitan antara perhubungan rapat dengan ayah dan anak berkait rapat dengan pencapaian akademik disekolah. Dinyatakan bahawa anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi. selain itu, anak-anak yang rapat dengan ayahnya juga memiliki kemampuan berbahasa dan kognitif yang baik.
    berdasarkan kajian lain mengatakan bahawa kanak-kanak yang rapat dengan ayah mempunyai kurang masalah disekolah. karakter seorang bapa berbeza dengan seorang ibu akan mencipta suatu corak pembelajaran yang berbeza berbanding ibu. pembentukan peribadi dan personaliti yang baik seperti yakin dan berani dapat disemai dan dipupuk melalui interaksi kanak-kanak dengan bapanya. jelas sekali interaksi antara kanak-kanak dan ayah itu memainkan peranan penting dalam membantu pencapaian yang baik di sekolah.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum saudari intan disni saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai topik saudari. Terdapat satu masalah yang menjadi penyebab kepada hubungan perapatan antara anak dan bapa iaitu kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga merupakan penyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan lagi, anak-anak akan mudah terjerumus dengan gejala negatif kerana kurangnya pengawalan daripada bapa sebagai penjaga. Sebagai contohnya, bapa yang pulang dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual atas sebab letih. Jelaslah disini, kesibukan membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa. Oleh yang demikian, bapa hendaklah memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka kerana hubungan yang baik merupakan perapatan yang membawa kepada impak yang positif terhadap perkembangan kanak-kanak dalam institusi kekeluargaan.

    ReplyDelete