Saturday 17 October 2015

PERANAN RAKAN SEBAYA DALAM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK.

Assalamualaikum w.t.b. dan salam sejahtera 


Bincangkan Peranan Rakan Sebaya Dalam Mempengaruhi Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak. Berikan Pendapat Anda ?



6 comments:

  1. Assalamualaikum sis..

    Pada pendapat saya,pengaruh rakan sebaya amat mempengaruhi perkembangan awal kanak-kanak kerana kanak-kanak banyak melihat melalui persekitaran dan akan meniru setiap perilaku yang ditonton.Rakan sebaya juga boleh mendatangkan kesan yang positif terhadap kanak-kanak.
    Kita dapat lihat dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial hanya dalam kalangan ahli keluarga kepada peranan dan tugas sosial dan peranan dalam kalangan rakan-rakan. Pengaruh rakan sebaya adalah amat penting dalam perkembangan kanak-kanak khasnya dari perkembangan intelek,sahsiah,emosi dan sosial .Perkembangan sosioemosi ini dapat diukur samaada melalui tingkahlaku positif seperti berdikari atau mengikut peraturan atau tingkahlaku negatif seperti memberontak, bergaduh, murung dan kurang keyakinan diri.
    Kesimpulannya, pemilihan rakan sebaya amat penting dalam mempengaruhi perkembangan awal kanak-kanak.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudari.

    Pada pandangan saya, memang benar rakan sebaya sememangnya memberi impak yang besar dalam proses perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Zaman kanak-kanak merupakan suatu era dimana mereka berada dalam tempoh bagi mengenal dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sekeliling.Misalnya,kanak-kanak dapat kembangkan otak mereka dengan bermain dan bersaing secara sihat dengan rakan sebaya.Sesungguhnya, bermain bersama rakan-rakan adalah salah satu cara mempercepatkan lagi proses perkembangan otak kanak-kanak.selain itu,dengan bermain dan bersama dengan rakan-rakan sebaya,mereka akan lebih cepat memproses apa yang dilihat,didengar,dan dipelajari pada hari itu dengan lebih cepat dan efektif kerana mereka gembira dan rela dalam suasana yang menghiburkan serta riang hati.Kadang-kadang, kanak-kanak akan lebih gembira apabila bersama rakan sebaya berbanding keluarga mahupun ibubapa sendiri.Mungkin kerana rakan sebaya lebih memahami jiwa dan kehendak sesama mereka disebabkan mereka berkongsi umur yang sama.Jadi tidak hairanlah jika sek otak kanak-kanak akan lebih cepat berhubung dan memproses sesuatu yang dilakukan seseorang kanak-kanak apabila bersama rakan-rakan.Oleh itu,rakan-rakan seolah-olah mempunyai satu kuasa dalam mempengaruhi emosi serta pemikiran kanak-kanak dan dalam memproses perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang dan memproses sesuatu secara sihat dan terkawal baik,kanak-kanak mendapat peluang belajar dalam mengawal emosi,cara berfikir,dan bertindak positif dalam menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.Otak kanak-kanak adalah yang paling segar dan aktif atas faktor umur mereka masih muda.Disebabkan itu mereka mudah menyerap dan ingat semua yang mereka pelajari.

    Oleh itu, peranan rakan sebaya sangat penting dalam kalangan kanak-kanak.

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya,rakan sebaya mampu memberi impak yang besar dalam membantu perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Zaman kanak-kanak merupakan satu dimensi dimana kanak-kanak berada dalam proses untuk mengenali dan mengadaptasikan diri dengan keadaan sekeliling. Sebagai contoh, kanak-kanak dapat mengembangkan otak mereka dengan bermain dan bermain dengan rakan-rakan mempercepatkan proses perkembangan otak kanak-kanak. Ini merupakan proses pembelajaran tidak formal dimana mereka mendapat pengajaran melihat, bermain, dan bertanya. Apabila bersama dengan rakan-rakan, mereka akan lebih aktif, ketika bermain, belajar dan meningkatkan kadar perkembangan sosioemosi. Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang secara sihat dan positif, mereka dapat belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Ini merupakan pendapat yang mampu saya berikan dan semoga ia dapat membantu.

    ReplyDelete
  4. pada pendapat saya, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.Selain itu, yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjerumus kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran. Kajian (Abdullah al-Hadi et al. 2001). Azhar (2006) mengatakan pengaruh rakan sebaya terhadap pembentukan sahsiah pelajar banyak memberi tumpuan terhadap pengaruh yang bersifat negatif, namun hakikat bahawa rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan remaja sendiri harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam merangka program-program bagi membolehkan rakan sebaya memberi sumbangan yang positif terhadap pembentukan sahsiah dan akhlak di kalangan mereka.

    ReplyDelete
  5. sewaktu dibangku sekolah rendah, cikgu sering mengingatkan kita mengenai 'pengaruh rakan sebaya'. kata cikgu , inilah penyebab seorang pelajar itu berjaya atau tidak. mungkin kita sering tertanya-tanya kenapa seorang guru mengatakan sedemekian. hal ini adalah kerana kawan memainkan pengaruh yang paling kuat terhadap seseorang. begitu juga dengan seorang kanak-kanak. disini kita juga perlu mengetahui konsep rakan sebaya itu.rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umr, pendidikan atau kelas sosial dan minat. kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka. kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku,personaliti , kemahiran serta kebolehan (Nursuhaili,2010) .contohnya,kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap lebih baik dan seterusnya mendapat keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan yang diambilnya. Di sini, jelas sekali rakan sebaya memainkan peranan penting dalam sosio emosi kanak-kanak.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum dan selamat sejahtera.
    saya ingin menyatakan pendapat saya bahawa pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak. Rakan sebaya boleh mendorong kanak-kanak mencapai impian atau sebaliknya. Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya, kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dasn potensi ke tahap optimum. Kanak-kank yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Manakala rakan sebaya yang bersikap negatif dan anti sosial maka ada kecenderungan kanak-kanak turut terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Akhlak dan nilai yang diamalkan oleh rakan sebaya lazimnya akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak turut bertingkah laku sedemikian kerana mereka takut disingkir oleh rakan sebaya mereka.

    ReplyDelete